Monday 21 May 2012

5 Amalan Untuk Melahirkan Anak Genius

1. Banyakkan Bertaubat Dan Melakukan Kebajikan
    Taubat daripada sebarang kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Sebagai hamba, inilah yang wajar dilakukan setiap saat dan ketika. Kerendahan hati akan terhasil kesan daripada taubat yang ikhlas. Keadaan kita yang bersih daripada dosa merupakan satu keadaan yang sangat positif. Hati akan tenang dan keadaan tenang ini membantu saraf-saraf minda si manja berkembang dengan baik dan lancar.


2. Menjaga Akhlak
    Akhlak ialah buah daripada iman dan ibadah yang ikhlas kerana Allah. Akhlak yang baik akan membentuk persepsi kehidupan yang baik juga dalam kehidupan anak-anak kita. Percakapan dan tingkah laku ibu sewaktu hamil amat dekat dengan bayi. Jadi, tingkah lakunya yang terjaga akan memberi rangsangan dan isyarat positif kepada minda anak.


3. Menjaga Emosi
    Emosi yang baik membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Persediaan untuk hamil sangat penting bagi seorang wanita supaya tampil lebih ceria dan positif sepanjang tempoh kehamilan. Keadaan yang ceria menyebabkan penghasilan hormon yang memberi ketenangan kepada bayi. Jadi bayi dapat merasakan emosi yang dirasai oleh ibu. Keceriaan dan ketenangan yang dirasai oleh mereka membantu melancarkan pertumbuhan minda yang sedang pesat berlaku.


4. Diet Sihat Dan Makanan Halal 
    Mengawal dan mengamalkan diet yang sihat dan memastikan pengambilan makanan yang halal dan bersih. Makanan yang dimakan oleh ibu akan digunakan untuk pertumbuhan tubuh dan minda bayi. Jadi, bagi menghasilkan pertumbuhan minda dan jasmani bayi yang cerdas dan sihat pemilihan makanan memainkan peranan yang sangat penting. Keadaan kesihatan ibu sepanjang kandungan juga memainkan peranan yang sangat penting.


5. Rangsang Bayi Dengan Sentuhan Dan Kata-kata Yang Positif
    Sentuhan dan kata-kata positif merupakan elemen kasih sayang yang amat keramat dalam perhubungan ibu dan anak. Sentuhan ini menandakan kasih sayang yang melimpah ruah untuk anak. Manakala kata-kata positifmembentuk persepsi mindanya untuk membina imej positif miliknya. Musik yang bersifat klasik boleh merangsang pertumbuhan minda bayi kerana nadanya menyamai gelombang alfa iaitu 8 ohz iaitu getaran otak yang damai dan tenang.